Thursday, April 30, 2009

OCD - PARANOIA!!!

I think I'm suffering from obsessive compulsive disorder. Guess i have to learn how to take the chill pill... I am paranoid all the time and petty things can really drive me up the wall right to the ceiling and beyond. Omigosh! I just hope to break free from this feeling.

Perasaan paranoia ini sangat menyusahkan kehidupan aku baik di ofis mau pun di rumah. I always feel like i am at the verge of becoming a serial killer. Aku rasa burn out dan sangat depressed. Which in a way, as explained by the ob-gyn is what caused me difficulty to be impregnated by my beloved hubby. I feel so alone and scared, worried mostly of the time and i always feel people love to hate me. It is not normal, is it?

And to make matter worse, aku mempunyai staff yang sangat 'baik' lagi ' lembab lembut'. It drives me crazy... procastination is the way of live around here. Scarry enough, being idle has worsen my condition. i need help but I don't know how...

I just feel like killing myself. But that is ignorant and shalow, to think that the problem ends with the last breath... Oh God..Help me to help myself. I just want to live in peace and harmony...even if my life is only a plain vanilla......

Tuesday, April 14, 2009

It's not worth..

"Sometimes in life, you try and fought so hard for someone, something...yet at the end of the day, it is not worth the battle...

Sometimes, when you thought you have waited long enough just to get the timing right with that person you give your heart and soul to, you just realized you have just let you life passed you by...it's not worth the wait

Sometimes when you thought you finally found the happiness you are looking for, you are washed away with misery..realizing that life has played a very cruel joke right to your face. It is not worth the pain..

And sometimes when you thought you want to spend the rest of your life with that one person, you are confronted with the brutal truth that the feeling is not mutual. You are only a choice of convenience..It's not worth the sacrifice..

Love, it never REALLY exist. It's only a tiny speck of dust in a big black box full of conditions...It's not worth believing"

Sad but True,
Mytheana

Thursday, April 9, 2009

Hijab and Me

Hari ini, pada 9 April 2009 yang bersejarah ini, hubby telah tanya satu soalan yang sangat tidak daya aku menjawabnya. Dia tanya bila agaknya aku nak pakai hijab? Erkkkk..sensitif tu. Aku tak tau nak kata apa..

It's not me untuk buat sesuatu kerana insan lain. I am my own principal for the longest time I remember. Bukanlah aku nak menderhaka pada suami atau pun saja-saja suka nak mengingkari suruhan Tuhan tapi, I have my own ideal. Aku tak nak le pakai tudung, tutup rambut tapi hati busuk bangkai. Ada je orang yang bertudung tapi kalau ngumpat pasal aku, aduh... Tuhan ajelah yang ampunkan dosa kamu. Bukannya aku tak tahu siapa mereka-mereka tu..

Anyway, bukan semua macam tu. Cuma, aku tak tahu lah sama ada aku bersedia atau tidak. It's too hard. Tapi bak kata hubby, nak tunggu bersedia, sampai bila-bila pun tak akan datang moments tu. A devil's play katanya. Betul ke?

Susahnya aku rasa. I know, benda ni kena banyak bersabar supaya spirit memakai hijab tu dapat diamalkan sepenuhnya. But how?

Ada sesapa ke berminat nak menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan guaman?

Sunday, April 5, 2009

Hmm..cerita ceriti hujung minggu

Today, seperti biasa aku kena menyiapkan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, menggosok pakaian, cuci tandas dan lain-lainnya. Yang menjadi masalahnya bila aku agak boring, aku pun tinggalkan vacuum cleaner tengah hal dan dok di depan komputer. Konon-konon nak lurking jek kat ebay tapi ada je yang menarik hati yang rapuh ni.

Anyway, satu penyesalan minggu ini ialah kerana second guess my decision untuk tidak membid pada sebuah beg Gucci Guccissima Brit. Dah le starting bidnya sangat rendah iaitu RM3.61. No reserve price plak tu. Memang le kalau nak kira dengan shipping costnya akan buntang mata hubby ku tapi jika ditimbang-timbang pembelian di KLCC maka lebih ekonomi. Rasa nyesal pun tak berguna...

Hari ini juga aku telah keluar bersama seorang teman sekerja di Ascott dulu. Dia makin kurus sementelah aku pulak bagai di pam-apm. Sangat tension rasanya. Udah le disindir dan dihena kerana tidak lagi memakai saiz 0, tapi apa kan daya...tahan jek lah telinga.

And I seriously need to loose all this ugly fat. Self esteem makin merundum walaupun number di weight scale makin meningkat. Saat-saat ini rasa seperti nak buat surgery jek tapi lepas kes orang koma dan kemudian menemui ajal sebab sedut lemak, aku jadi agak ragu-ragu pulak. Memang le nak cantik tapi kalau mati sebelum sempat bertaubat, bagaimana nasib di akhirat kelak?

Cakap pasal mati ni, aku ada terbaca cerita di sebuah buku Chicken Soup for Lover's Soul. Dlm cerita tu mamat seorang ni selalu kata dia nak hidup dan mati bersama isterinya. Dia selalu le kata kat kawannya (tukang cerita) yang kalau kita set kan keinginan kita dan kecintaan kita dengan tulus ikhlas, maka tuhan pasti akan memberi kita apa yang kita mahu. Nak dijadikan cerita, isteri dia sakit dan kemudian koma. So setiap hari semasa melawat isterinya, dia akan bisik pada isterinya yang dia minta tuhan matikan dia bersama-sama ngan isterinya. Kawan dia agak skeptikal la sebab mana ada orang boleh minta-minta lak ngan tuhan nak mati camna dan bila. tapi pada satu hari ini, hospital pun call le mamat ni kata wife dia dah meninggal dunia. dengan tenang, dia pun pi nengok wife dia. dia minta untuk bersendirian ngan wife dia. nurse ni pun tinggalkan le dia. tapi lepas 15 minit mamat ni tak keluar-keluar, dia pun check. Dan korang boleh agak tak apa jadi? Dia pun telah meninggal sambil memegang erat tangan isterinya. Aku sedih gila baca buku ni...

dan saat-saat macam ni, rasa rugi jek masam-masam muka pasal hubby lupa tutup lampu bilik air pagi tadi...

Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu.


Friday, April 3, 2009

Hari Ini - TGIF

Hari ini aku rasa sangat gumbira dan best. Masa bangun pagi tadi malas tahap dewa. Sampai jek kat pejabat, rasa lega sebab keja 'balaci' semalam telah selesai dengan jaya nya. Tapi perkabaran dari CC mengatakan ada ura-ura kelompok NgokNgekKeplaKemek nak menghuru-harakan lagi service matter untuk memuaskan nafsu materialistik mereka.

Bila agaknya orang nak sedar sebenarnya kerja juga memerlukan rewards yang bukan monetary semata-mata?

Anyway, masa turun bersarapan, telah jumpa sahabat lama yang gegila dan geliga kepala otaknya. Sampai hatimu Ezri kata aku sudah tidak HOT lagi. Pernah ke aku hot sebelum ni? Cheh..kalau ku tahu aku pernah dalam kasta brahmin tuh..tak yeh le aku bermodesty-modesty.Hehehe..ingat pesan mak bapak Yusna, apa ada pada rupa kalau takde budi bahasa. Keh keh keh..

Tapi tak pelah kalau tak hot pada mata orang lain pun. As long as hubby ku redha dengan pilihannya ini, aku alhamdulilah jek. Aku sedar sekarang ni aku telah bergiat aktif menjadi peternak lemak berkelompok..well, demi kemaslahatan bersama, akan aku usahakan untuk menslimkan diri ini kembali ke size xs seperti dolu. Allahhuakbar..itu kira jihad gak tu. Nak mencantikkan diri untuk suami..boleh dapat calon isteri mithali ke tahun ni? Ehehks..

Dan my highlight of the day ialah aku telah menerima panggilan dari seseorang yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Kalau ditanya definisi perhubungan kami, susah untuk aku klasifikasikan. aku sayang dia, obeses pasal dia, aku care tapi i know better yang kami tak boleh hidup serumah dan tidur sekatil sebagai suami isteri yang sah. Usia turut jadi penghalang..keh,keh,keh. Senang kata, sebenarnya tak de jodoh dan tak de chemistry. Itulah hakikatnya....

Kepada orang itu, kalau nak jejak kaki nanti di Tanah Air yang bertuah lagi indah permai ni, sound le awal-awal, I can cook up a strom....Ribut le dapur aku nanti.

Fruit bastard...sedapnye!!!


Thursday, April 2, 2009

Bengang Pada Yang Bengong

I am not a natural rebel tapi a series of unfortunate events pada pagi yang supposedly indah has driven me to the edge. Rasa down giler...am I not good enough? Have I not done enough just to shut those potty mouth yang menuduh aku tak reti kerja. Well I am not a lawyer (don't want to be one anyway) tapi aku ada akal fikiran, hati dan perasaan. Yang menyebabkan aku berbuku jek adalah keangkuhan manusia-manusia bengong yang menganggap mereka bijak laksana. Puii..

Yang buat aku lagi menyampah ialah, kalau dah tak reti pasal HR tu, yang dibuat sampai menyusahkan hidup orang apa ke jadahnya? Susah sangat ke nak pi minta signature untuk approve permohonan aku nak pi training? Yang bestnya, kursus JPA tu JPA lah yang sponsor, yang dia tak kasi atas alasan tak de dalam budget jabatan apa hal? Bukan duit kaum kerabat dia yang akan dipakai. Sekarang aku rasa sangat down... tak de personal enrichment langsung menghambakan diri kat opis ni. Dah le ari tu makcik keluarkan kenyataan yang menyayat hati.. buat aku rasa tak dihargai langsung, ni nak mohon pi kursus pun nak kena buat research dulu. PTD kalau tak tolong PTD, lawyer apatah lagi. Tersisih lah aku dalam opis yang dingin sedingin hati manusia-manusia beku tu.

Anyway, berbekalkan semangat kental yang diwarisi dalamn genetik ku.. I decided not to get mad - I'll get even.

Ha..tunggu la korang!!!