Tuesday, November 17, 2009

Setelah Sekian Lama...

Setelah sekian lama, akhirnya dapat gak aku mencuri tulang dan membazir masa kat pejabat untuk menghupdatekan blog ini. Lama rasanya tak berketuk-ketik meluahkan perasaan di ruangan cyber nih..Jika tidak kerana medcham yang meninggalkan komennya tuh, rasanya dah berabuk cyber closet aku nieh...

Anyway, nothing new...Same Shit Different Day jugak..aku dengar ramai yang dah di konfermkan lepas PAC hari tuh..aku gak yang ketinggalan. Nak buat camana, HR aku baru terhegeh-hege nak buat perakuan untuk aku. Pelik jugak, pasal tang PTD lain kat jabatan ni cepat jek semua urusan. Aku sorang terkonting-konting...padahal akulah PTD yang paling baik kat sini...wakakakakaaka. Wei, aku tak kasi masalah kat orang lain tau..orang jek yang banyak dump masalah kat aku..

Kalo anak tiri, anak tiri la jugak. So kengkawan yang dah dapat konferm and dengar kata ada yang dah di offer naik M48 (ye ke?)..tahniah le aku ucapkan. Aku pung tumpang gembira jugak..moga-moga nasib baik hangpa terkena tempiasnya pada aku ni. Aku nie sebenarnya cuak jugak kalo dengar nak move ke gred yang lebih tinggi nu..bukan apa, secara optimisnya aku nie pesimis. Aku memang tak de cecita tinggi menggunung nak jadik KSU dan yang yang sewaktunya tuh...for me, as long as aku boleh survive hingga bersara, dapat menikmati faedah persaraan secara sempurna, sudah syukur alhamdulilah. Survive sampai dapat makan duit pencen bulan-bulan tu cukup lah....

As for now, kalau aku mampu bernafas kat Jabatan yang kucintaik ni dengan aman pun dah kira bonus. i do hope aku boleh keluar, jumpa masalah baru, penyelesaian baru, orang baru, belajar benda baru dan semua serba-serbi baru.Sungguhpun gitu, nampaknya macam harapan tipis jek. Biarpun tak disayangi/disukai, aku yang kurang cemerlang ni masih diperlukan sebab tak de sapa nak datang sini...wakakakaka. Sedih betui..ni nasib daripada tak de, boh sajalah. hahahaha...tak sempat gilap potensi diri ni..

hehehehe..aku sense yang aku dah start merapik. tak de focus point dalam blog ni so better aku stop.

akhir kata..ada sesapa nak dok kat Jabatan aku tak?