Tuesday, June 30, 2009

Kursus Oh Kursus

Semalam yang penuh sejarah sengalnya aku dapat berita bahawa permohonan aku untuk pi program pertukaran belia di Korea tidak dapat mencapai idealnya iaitu GAGAL. Sedih memang le sedih..rasa macam tak de gratification gitu. dah le asyik terperuk kat opis jek. Tapi yang meluap-luapkan api menyampah dan sengalnya adalah kerana seorang hamba Allah yang meng'check' status aku tu sound baik punya. Dia kata "ngape yeop, markah interview rendah giler? Dengar cerita kawan sendiri jadi panel. Takkan tolong sikit pun tak dapat. Ngepe, kome tak reti bersosial ngan manusia lain ke? Itu le kome, sombong bebenor. Ate, sekarang begini ceritenya, melepas le kome nak tengok negara para para sakura tu".

Ish...kalau tak dikenangkan ajaran mak bapak, memang teman pok kan aje mulutnya. Tak pelah...nak buat cemana? Dah nasib tak de rezeki lagi nak terbang ke negara pengeluar Samsung tu. Insha Allah, ada rezeki esok lusa, ke Paris, Turki, Eropah bagai teman berjalan sakan.

Nasib baik jugak le hari yang sama surat tawaran kursus di INTAN tiba mengubat luka. dapat jugaklah berkampung seploh hari di Bukit Kiara nu. Tak de le tension melayan karenah species yang sombong mangkuk hayun yang ramai melata kat opis ni.

Hmm...tension-tension gini ebay jek ubatnya...

Thursday, June 18, 2009

Cuti Sakit

Hari ni aku cuti sakit. Semalam aku selemo (ayat nenek aku yang bermaksud selsema) agak kronik...sok sek sok sek sampai abisleh 3 kotak tissue tuh. Ingatkan nak balik awal sebab sah terpengsan masa rehat tapi kerana beban kerja yang sangat mendera, terpaksalah aku tunggu jugak hingga pukul 6 petang. Balik umah terus tertidur. Nasib baik la hubby di umah, rasalah dikasihi sket.

So, hari ini aku pun dengan selamba badaknya mengambil cuti sendiri. Aku sms KPPK dan CC tak de jawapan. Bangun-bangun pagi dah kul 9.00..maka dengan miong-miong beraninya aku pun terus tertidur. Petang sensorang di mahligai indah ni aku dapat le tunjuk skill domestic aku. Hmm...hilang stress nengok umah cantik bersih.

Jadi sebenarnya, apa masalah aku? Aku rasa maha painful nak ke pejabat esok. Walaupun aku benar-benar sakit dan stress, trust me semua orang akan buat aku guilty concious kerana telah EL hari ini. Aku benci bila suma buat aku rasa bersalah hanya kerana aku menjadi seorang manusia yang lemah sistem imunisasinya akhir-akhir ini. Well, i'm bending backward to please all the worker bees and the kingpin(s) here jadi kenapa perasaan aku selalu terdera bila aku bercuti?

I need to disappear...oh smucking tut tut...no wonder it's hard for me to conceive. Tolon...tolon...

Monday, June 15, 2009

My Self Worth

Hari ini untuk kesekian kalinya aku sangat bingung mengevaluasi akan self worth diri sendiri. I feel like i have given my all, pushing myself to a level I never knew exist only to prove that I am worth to live, eat and sleep on government's payroll. Bosan dan tertekan.. i so hate and love this place.

So, melayan kesedihan hati sambil menonton Kath and Kim ni sedikit sebanyak buat aku rasa tenang le sket. After this 'How I Met Your Mother' plak. It's always a black monday until TV time. Hmm..perhaps I should follow advice mantan PBP AGC untuk mencebur dan meleburkan diri dalam bidang penyiaran nih. Tapi mengenangkan azan solat tah kemana suatu waktu dahulu bila sibuk di konti and mixing studio, perhaps ada baiknya untuk terus ditindas dan diperas. Apa-apa pun bersabar itu separuh dari iman..

Though don't get me wrong, it's not I am not happy working there. I am glad to know people I have known, to go through the hurdles and to be part of the dynamic system that made the organisation even all i did is dotting the 'i' and crossing the 't'. tapi ada waktu dan ketika rasa memang rasa nak belajar ilmu ghaib supaya boleh menyendiri. My mind is so not used to be cluttered so rasa begitu tut tut dan slupid bila didesak-desak dengan pelbagai perkara. Macam mana lah nak survive sampai bersara?

Hmmm..camno?

Thursday, June 4, 2009

Kawan...

Rasanya dah begitu lama tak update blog luahan rasa ni. Nampaknya begitu sibuk menguruskan kehidupan yang tak terurus dan kerjaya tak berapa berjaya nih. Anyway, dalam sibuk sibuk berkhidmat untuk negara, sempat gaklah berFB. Dapat gak menyambung silaturahim yang terputus ngan kengkawan zaman UiTM dulu...

Hmm bercakap pasal kawan, I just realised the brutal truth. I have nobody yang boleh diklasifikasikan sebagai BFF. Orang yang ku sangka sahabat rupanya musibat, yang dikatakan taulan cuma kenalan dan yang tak ingin didampingi sibuk menghantui. Hmmm...no wonder aku sangat kacau jiwa.

Anyway, tak pelah. Friendship ni perlukan chemistry dan trust. Just like any other relationship, ia juga tak mampu berdiri teguh kalau dibina atas janji separuh hati, hanya manis dimulut tapi pahit dihati. It has to stand the test of time, distance and all the painful tut tut so u know what it's worth.

Well, in my case, the request for kali haldi has reveal the ugly truth. What a tut tut in a crazy bon bon..sangat memarut hati. Anyway, just to respect the existence of the so-called friendship, aku akan berkabung mati untuk 3 hari. Not that it matter anyway..

Sayonara my friend(s). We have come to the junction of totally different path. I'll always cherished the memories. It was good while it happened...