Tuesday, August 18, 2009

once and for all...just STOP!

"Racist? Who? Me... What the hey?"

Itu le reaksi tergezut beruk aku bila dilabel dengan tag 'panas' tu. Salahnya? Aku cuma komen, orang Melayu ni, memang dari dulu sampai la lekat dengan sikap dan sakit PhD...ada jek alasan untuk bercerai roboh. Kalau tak pasal asal keturunan, sibuk dengan sikap kenegerian..kalau tak pasal harta benda, sibuk dengan rupa paras..dan sekarang ni, dah le tak bersatu dari segi politik, senang-senang pulak memperkotak-katikkan soal agama. Kenapalah energy hitam kepam dan busuk tu tak difokuskan kepada sesuatu yang positif macam menjana kecemerlangan ekonomi ke, pendidikan ke or at least mengukuhkan ukhwah sesama ummah?

and hanya kerana itu aku dipanggil rasis terhadap bangsa sendiri? well...mate, ko tu sangat tidak adil. Betul, ilmu agama aku tak sedalam mana tetapi siapa yang berdosa bila riak dengan ilmu agama lalu dengan mudah melabel dosa pahala orang? who are you to play God? Kita tahu ke nasib orang lain lebih dari nasib sendiri di akhirat kelak. Sirah dan sejarah banyak membuktikan, tambah pula kalu digali dengan Al-Quran, bahawa ada orang yang kita takrif sebagai sejahat-jahat umat masuk ke syurga kerana kebaikan sebesar biji sawi. jadi, dari jadi judgemental terhadap orang sekeliling, bukankah lebih baik bermuhasabah diri?

Dan kemelayuan aku..kenapa perlu dipersoalkan? Hanya sebab keturunan ko dari dulu sampai sekarang darah melayu tak pernah bercampur dengan pakistan dan cina maka itu sebabnya ko lebih melayu dari aku? or adakah kerana aku berkahwin dengan lelaki berlainan bangsa dan kewarganegaraan maka aku dengan mudah dilabel pengkhianat bangsa?

Aku sayang Melayu, walau dari kecil tok nenek dan keluarga aku sering diejek, dicela dan dicerca orang yang kononnya 'Melayu'. Even before Paki become another four letter word, aku dah pedih telinga dengar orang mengata. Biarlah datuk aku datang jauh merantau, taat setianya dia tak pernah menjaja keburukan orang. Kalau pun kami makan capati lebih dari nasi, tak semestinya lidah kami pelat tak macam orang yang makan sambal belacan dan masak lemak cili padi.

And just because laki aku cakap Melayu pun tak reti, jangan ingat le ko boleh sesuka hati nak halau aku dari bumi Malaysia ni. Aku rasa dah sampai masanya mata kita dibuka luas untuk melihat lebih jauh dari spektrum warna kulit dan bangsa. Kenapa tak boleh jadi Bangsa Malaysia? Aku sedarlah ada hak dan kepentingan yang nak dijaga tapi kalau benar sangatlah kita sayangkan negara tanah tumpah darah kita ni, kena masih harmoni dengan cara yang tidak sihat? teringat kata-kata adibah amin (if i'm not mistaken) kita harmoni kerana selalu beralah dan mengelak. kita terlalu berhati-hati agar tak melukakan orang lain walau diri berdarah tak berhenti. this is where, aku rasa, kalau kita benar-benar hayati maksud perpaduan, patriotisme dan kemerdekaan, kita boleh hidup aman damai tak kisah apa bangsa dan agama. When we know how to respect others, than we can build trust and nationhood. kalau salah kena accept le salah, kalau betul sama-sama jadikan amalan. jangan cepat melatah beb.

tapi kalau dengan orang sebangsa pun kita sibuk nak tunjuk lagak ayam laga... tak payahlah laung-laung semangat cinta negara, bangsa dan agama. Dok lah di takuk lama, berkokok cerita yang sama. Maka sebab tu bila dah terkulat-kulat, dengan senang wak lu je nak tuduh aku rasis dan fasist.

Hmm...aku bukan Nazi. Aku neo-Malay. it's time to shut up your bloody mouth dan accept hakikat...aku pun melayu jugak.

Adios.

2 comments:

  1. kalau orang kata kita racist kan. orang tu tak racist ke?

    sabar banyak2 la. lama2 nanti harap2 terbuka minda dia lebih luas lagi.

    aku tak tahu isu tapi aku rasa ada kaitan la komen aku ni ek. :)

    ReplyDelete
  2. aku paham.. aku dah kena camni.. beb, ko memang kena keluar dari situ la.. banyak sgt dah negative vibes ko ni..

    ReplyDelete

W.H.A.T.E.V.E.R.