Thursday, July 2, 2009

Lemau...

Hari ini seperti biasa bila ada lapor diri maka kehidupan di ofis akan jadi havoc giler. Setelah bersusah payah menyiapkan segala benda termasuklah PO yang macam nak pecah kepala disediakan, terpaksalah mengadap muka yang cun (eheks!) ni menguruskan rusa-rusa yang baru nak masuk kampung tuh..

Bila part-part macam ni teringatlah pulak masa first day melapor diri ke tempat 'hangat dan hangit' ni. I still remember perasaan yang berdebar-debar report duty...alih-alih bila mai, depa kata tak mau M41. Adush...terasa diri yang hot ni menjadi lemau serta merta. Bengang ada, sedih pun iya.

N'way, berbalik pada hari kejadian..ramai le yang tak sabar-sabar nak menunggu muktamar penempatan mereka. Spekulasi tentang mana yang diorang patut dapat tu tak yah le cerita. Ada yang siap nak belanja kalau reveal penempatannya sebelum release PO. Hmm..nasib baik akak berintegriti. Banyak lagi benda yang perlu difokuskan agar hidup selesa di opis bertuah ini.

Selesai taklimat, sebagaimana yang dijangka, keadaan lagi bertambah havoc. Macam-macam jenis manusia dengan pelbagai cerita datang mengharap belas ihsan supaya ditukarkan mengikut kemahuan. Tapi apa kan daya..keputusan bukan ditangan beta. 'Saya yang menurut perintah' itu jek jawapannya. Itu pun nampaknya membuat ramai yang bengan dan bengong. Ada plak yang sanggup menggugut nak berenti kerja. Hmmm...aku peduli apa. Yang penting aku jalankan kerja sebagaimana yang diarahkan.

Tapi nampaknya...dalam gawat-gawat ekonomi ni masih ramai manusia yang tak sedar diuntung. Kesian dengan orang yang betuk-betul nak kerja tapi tak berjaya. Ni dah dapat, berlagak pulak.

Moral of the story nye..orang bodoh ramai berlagak sombong. Perasan benar dirinya orang mau..tapi tak sedar dia sebenarnya LEMAU. Moga-maga aku tak tergolong le dalam orang begitu dulu, kini dan selamanya...

Gud nite!

No comments:

Post a Comment

W.H.A.T.E.V.E.R.