Tuesday, June 30, 2009

Kursus Oh Kursus

Semalam yang penuh sejarah sengalnya aku dapat berita bahawa permohonan aku untuk pi program pertukaran belia di Korea tidak dapat mencapai idealnya iaitu GAGAL. Sedih memang le sedih..rasa macam tak de gratification gitu. dah le asyik terperuk kat opis jek. Tapi yang meluap-luapkan api menyampah dan sengalnya adalah kerana seorang hamba Allah yang meng'check' status aku tu sound baik punya. Dia kata "ngape yeop, markah interview rendah giler? Dengar cerita kawan sendiri jadi panel. Takkan tolong sikit pun tak dapat. Ngepe, kome tak reti bersosial ngan manusia lain ke? Itu le kome, sombong bebenor. Ate, sekarang begini ceritenya, melepas le kome nak tengok negara para para sakura tu".

Ish...kalau tak dikenangkan ajaran mak bapak, memang teman pok kan aje mulutnya. Tak pelah...nak buat cemana? Dah nasib tak de rezeki lagi nak terbang ke negara pengeluar Samsung tu. Insha Allah, ada rezeki esok lusa, ke Paris, Turki, Eropah bagai teman berjalan sakan.

Nasib baik jugak le hari yang sama surat tawaran kursus di INTAN tiba mengubat luka. dapat jugaklah berkampung seploh hari di Bukit Kiara nu. Tak de le tension melayan karenah species yang sombong mangkuk hayun yang ramai melata kat opis ni.

Hmm...tension-tension gini ebay jek ubatnya...

3 comments:

  1. tell me about it.. aku 2 kali kena cantas.. sekali COTI.. sekali JICA.. huh..

    ReplyDelete
  2. huhu.ye ke, sedih la pulak. tak tau jadi cam tu Yus...dah habis rekomen dah...takpe Yus, cuba lagi ye...aku yg kat sini pun belum tentu dpt gi jugak....

    ReplyDelete
  3. No problem...aku tahu kau jugak seperti semua kita..saya yang menurut perintah. Tapi geram gak la..:) mulut manusia memang boleh buat badan binasa.

    ReplyDelete

W.H.A.T.E.V.E.R.