Thursday, June 18, 2009

Cuti Sakit

Hari ni aku cuti sakit. Semalam aku selemo (ayat nenek aku yang bermaksud selsema) agak kronik...sok sek sok sek sampai abisleh 3 kotak tissue tuh. Ingatkan nak balik awal sebab sah terpengsan masa rehat tapi kerana beban kerja yang sangat mendera, terpaksalah aku tunggu jugak hingga pukul 6 petang. Balik umah terus tertidur. Nasib baik la hubby di umah, rasalah dikasihi sket.

So, hari ini aku pun dengan selamba badaknya mengambil cuti sendiri. Aku sms KPPK dan CC tak de jawapan. Bangun-bangun pagi dah kul 9.00..maka dengan miong-miong beraninya aku pun terus tertidur. Petang sensorang di mahligai indah ni aku dapat le tunjuk skill domestic aku. Hmm...hilang stress nengok umah cantik bersih.

Jadi sebenarnya, apa masalah aku? Aku rasa maha painful nak ke pejabat esok. Walaupun aku benar-benar sakit dan stress, trust me semua orang akan buat aku guilty concious kerana telah EL hari ini. Aku benci bila suma buat aku rasa bersalah hanya kerana aku menjadi seorang manusia yang lemah sistem imunisasinya akhir-akhir ini. Well, i'm bending backward to please all the worker bees and the kingpin(s) here jadi kenapa perasaan aku selalu terdera bila aku bercuti?

I need to disappear...oh smucking tut tut...no wonder it's hard for me to conceive. Tolon...tolon...

No comments:

Post a Comment

W.H.A.T.E.V.E.R.