Friday, March 6, 2009

Aku Yang Jeles...

Sejak ekonomi dunia merundum, aku telah dirampok kebebasan untuk bershopping online. Maka ebay yang menjadi penyeri hidup ku yang sepi-sepie ini terpaksa jarang-jarang dikunjungi. Temptation is the worst pain in the tut tut .

So, sensing that I am going bonkers (tak pe yusna, withdrawal symptom jek tu) maka aku telah membuat lawatan virtual terhadap teman-teman yang maha akatif berblog. Ingatkan nak seronot-seronot je tetapi tetiba aku telah menjadi 'hijau' dengan tahap kejelesan yang melampaui batas.

i feel so slupid (slow+stupid). rasa macam dinosour pun ade..aku dah le tak pandai cybertech sume ni...kengkawan ada pun dah makin pupus. Telefon tidak, mesej jauh sekali (Hmm sejak dah tue nie, senang benar terasa hati) maka untuk ambik tahu pasal mike-mike yang buat tak tahu ni aku pung ingin menceburkan diri dalam blogging-blogging gitu..

Dah taip sesikit nie macam best ade, macam kelakar pun iye. Mana tak nya, skill rating dalam berblog ni dari 1 to 10 aku kasi -1 (hampeh bonar). tapi yang syoknya, walaupun rasa macam cakap sengsorang tak de sapa akan kata aku giler. Cool lagi ada... (Masa kecik-kecik dulu nenek aku marah cakap sengsorang, ada kawan halimunan tapi sekarang sapa yang malu? Aku dan keluarga mentua aku jugak..)

Anyway, harap-harap lepas ni tak delah aku membazir masa meluahkan rasa kepada CC aku yang setia mendengar demi menjamin markah LNPTnya. Boleh ler aku pun jadi seperti dewa-dewi blog mengasah skill dan meluahkan segala bon bon ku tanpa prejudis...

Walaupun aku telah tue tapi seperti kata John Medina (Brain Rules) " Age does not matter unless you are a cheese". Oleh kerana aku bukan cheese..aku pedulik hapa....

To be continued...beef stew gue dah mengelegak atas dapur...got to go isi tekak dulu..HUHUHUHU

No comments:

Post a Comment

W.H.A.T.E.V.E.R.