Friday, March 6, 2009

Hubby Yang Ikhlas Tapi Kejam

Semenjak aku meninggalkan Ascott untuk meleburkan diri dalam bidang pengKerajanan ini, aku rasa macam dah kena 'erased'. Tah macam mana nak explain benda ni tapi aku rasa macam aku me'delete'kan diri ku supaya boleh blend dengan orang-orang yang bland with no life di tempat kije aku yang maha hebat tu. Selalu rasa macam nak tampar diri sendiri when I catch myself talking enthusiastically about jualan hari jumaat di C6. Erk...what happen to fashion,cosmetics and movies. Boleh tak macam nak pengsan when i caught myself mengikuti tv series Melayu yang before this tak pernah pun aku nengok semata-mata tak nak tertinggal dalam conversation ngan makcik-makcik kat opis. huuuuu...cedera parah nih.

Dan ditambah plak ngan boss besau yang gabak egonya dan jahat mulutnya, maka aku telah giat berkecimpung dalam dunia pemakanan. Den makan sampai lolah.. dahsyat sekali aku. And kerana kuat melahap itew ler, aku yang dulu memakai baju saiz 0/XXS kini telah sihat walafiat dan segar bugar sebagai gadis pinggitan saiz L. Banyak baju terpaksa dilelong di ebay. Sesapa yang berminat silalah contact aku. Stock MNG, ZARA dan yang sewaktu dengannya melambak. Nak bagi kat charity, hari tu guardian umah nak yatim tu bagitau diorang tak terima dah baju second hand. Kalau nak sponsor baru tak pe. Chitt! Eksyen lebih dari aku..

Jadi, balik semula pada keadaan aku, pada satu hari sabtu yang indah aku pun telah disound oleh Che Abe ku sewaktu aku dengan lahapnya memakan set 1/2 chicken Nando's. Memula aku tak paham dengan renungan dia tu..aku ingatkan apa tetapi rupanya dia kesal tak dan nak nengok potensi aku untuk sesaiz dengan dia sebelum kahwin dolu. Soalan dia simple jek tapi menyayat hati "Did you know that you look like mini Jumbo?" Adush...kill kill die die. He cut me deep, man.

Untuk dua detik aku terdiam ler pastu aku telah meletus penuh amarah. Konon-konon nak divert ler ketermaluan aku tapi nampaknya dia sungguh kebal sekali. He know which button to push and how to pierce with his words. Maka berlakulah pertempuran yang penuh giler. Last-last sekali, dengan lagak selambanya dia kata " It's okay if you feel happy being fat. If it liberates you from stereotypical aesthetic demand then lavish yourself. One fat wive will not hurt when you'll have another hot,sexy and thin one." Dengan kata-kata hikmat itu dia pong keluar berjalan-jalan.

Hmm..nampaknya aku jek yang suke dia gumuk. I thought the feeling is mutual :(
Dengan penuh kesedihan aku pun melantak sebakul Baskin Robins ...at least maui brownie tu low fat gamaknya..

Oh ho.. I just realize..hubby ku Ihklas tapi Kejam. Nazi!!!

No comments:

Post a Comment

W.H.A.T.E.V.E.R.