Tuesday, March 31, 2009

Hari Ini

Hari ini aku telah keluar makan lunch ngan Zu setelah sekian lama tak bersosial di waktu rehat. Than I received a surprise call dari kawan yang aku agak sayang jugak la..K-Lynn yang baru sahaja selesai bermeeting di Putrajaya. Sangatlah terharu dengan kesudian dia berjumpa aku, meluangkan masa bertanya khabar, berborak-borak dan ngumpat-ngumpat (no harm done) walaupun telah tersesat untuk ke food court UNITEN. Kat sana gak aku telah terjumpa Astar dan Sufirdaus (aku ingat nama ko!). Hmm...setelah hampir empat tahun berkhidmat dalam service ni, makin payah nak keep in touch ngan semua orang. Tapi aku ni pun bukannya pandai sangat nak mingle-mingle ngan satu batch nie. I know ramai yang ingat aku sombong tapi sebenarnya kalau dah kenal, inshaAllah korang setuju aku ni comel lagi baik hati.. Wakakakakah.

Hari ni jugak aku telah menghantar ke tailor sepasang sari unggu hadiah seorang teman yang sangat aku rindu. Orang itu nampaknya masih tahu akan taste aku yang agak exquisite nih (hahaha..angkut bakul tu sensorang Yusna). Tersanggat happy kerana ingat gak dia kat aku yang sering melancholic ni.

Dan hari ini jugak, aku telah berjaya mengaplikasikan dark psikologi aku kepada seorang minah ngok ngek kepala kemek di pejabat yang boring ni. Dari nak mengenakan aku, secara ala innocentnya aku telah berjaya meng-U-turnkan niat jahatnya kepada diri dia sendiri. Sonang hati den. itu le kekadang aku benci ngan orang sejenis sekaum ni... macam mana nak maju kalau belajar tak tinggi tapi ada PHD? Cubalah hidup bersama aman damai di muka bumi ni tanpa cuba nak tabur pasir dan simen dalam periuk nasi orang yang kekadang besar periuk tapi ciput isinya. Kalau tolong dapat gak pahala. Ini tidak, jahat dan keji pulak tu. Mujurlah Allah beri aku petunjuk dan hidayah untuk menangkis anasir jahat dia dengan kebijaksanaan akal dan ketulusan budi..chewah! Aku haraplah lepas ni dia akan berhenti membuat noda dan dosa kepada hidup insan-insan lain, seterusnya memfokuskan energi dia untuk menyiapkan kertas kerja pada masa yang ditetapkan.

Amin Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

  1. I love you too.. heheh.
    Aku pon dah lama tak gossip dengan kau kan..

    ReplyDelete
  2. Yelah K-Lynn..aku windu nak makan tengah hari ngan ko. Sekarang kau jauh dimata kat seremban yang indah permai bumi bertuah tu, aku kureng bersosial masa lunch time. Tapi tak pe lah..selalu ko nengok aku nanti ko boring pulak. Take care..

    ReplyDelete

W.H.A.T.E.V.E.R.