Wednesday, April 14, 2010

Blog Binging!!!!!

Yeah...as usual after a long idea(s) drought, I'm back. So sekarang akan blog binging sampai muntah. Bear with me...

Hari ni hadiah yang aku tempah nun jauh di Eropah telah pung selamat tiba untuk sahabat aku yang kadang-kadang suka lupa diri pada aku (mutual!)iaitu hencik Khai. Seronot giler...aku harap ko sukalah khai. Ni jek yang mampu akak bagi. Itu pung saman sebab terlupa b-day ko. So, bila balik nanti jangan lupa bawak hadiah hari jadi aku pulak. Keh..keh..keh...Ada ubi ada batas. Tapi kalo ko tak melompat-lompat dan tekan tubi macam aku tatkala melihat hadiah tu nanti, hanya satu jek yang mampu akau katakan..."ADA AKU KISAH?". Dah beli dengan penuh keyakinan terhadap taste aku yang best dan kelas gitu..

Hari ni jugak, aku dapat message dari Ana. Hek..hek..hek...sori le tak dan nak contact-contact. Bukan apa, aku tengah depressant di tempat hot, popular dan uwek ni. I'm so out of my element sampaikan ada kalanya aku rasa macam aku ni bongok je la pulak. Tapi aku bukan tak leh buat kerja..kena kasi kerja yang aku tahu ler. Uwaaaa!!1 aku sendiri dah konpius ni.

Hari lagi, aku terguris hati dengan seseorang yang sibuk pasal aku tak de anak lagi. Hmm..kurang mengerti aku. Dulu tak kawin, sibuk tanya bila nak berlaki. Ni dah kawin, sibuk tanya pasal bila nak beranak pulak. Aku berterima kasihlah kalo ada yang bebetul concern. Tapi please don't cross the line dengan memberikan nasihat percuma about things yang hanya Aku-Gynae-Tuhan jek yang tahu. Bak kata ustaz masa tazkirah di Paroi ari tu.."Kita asyik suruh orang yang tak de anak tu berusaha, tapi tahukah kita betapa 'keras' dia dah berusaha masih tak dapat-dapat jugak? Maka untuk tak melukakan hati tanpa sengaja, biar Allah jek yang menentukan rezeki hamba-Nya" So, ada paham? Kun fa ya kun beb..kun fa ya kun.

Anyway, tetiba aku writer's block la pulak. Maka sambung lain kali jek la. Lagipun aku menghitung detik jek ni nak chow-chin-chow dari lubuk antu ni. Oh yesh..untuk sesapa yang tak tau, i had the shock of my life bila berpindah di tempat baru ni. aku yang mula-mula teruja kerana memikirkan tempat bermain baru ni banyak yang bleh belajar telah menjadi terkesima kerana sana-sini memlihat zombie berkeliaran tanpa hal tuju. takut beb...takut kena 'makan' ngan zombie-zombie ni jugak. sekarang, macam dah ada simptom kena jangkitan. Masih boleh bertahanlah tapi hala tuju strategik sebelum ke sini nampak makin tak logik. nak ngadu takut kena penalti. So, tiap-tiap hari aku kenalah walk among the deads.

Sabar jelah...Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang dhaif ini ke jalan yang diredhai. Janganlah Kau golongkan aku di kalangan orang yang teraniaya mahupun yang menganiayai diri sendiri.

Amin..

No comments:

Post a Comment

W.H.A.T.E.V.E.R.