Sunday, April 5, 2009

Hmm..cerita ceriti hujung minggu

Today, seperti biasa aku kena menyiapkan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, menggosok pakaian, cuci tandas dan lain-lainnya. Yang menjadi masalahnya bila aku agak boring, aku pun tinggalkan vacuum cleaner tengah hal dan dok di depan komputer. Konon-konon nak lurking jek kat ebay tapi ada je yang menarik hati yang rapuh ni.

Anyway, satu penyesalan minggu ini ialah kerana second guess my decision untuk tidak membid pada sebuah beg Gucci Guccissima Brit. Dah le starting bidnya sangat rendah iaitu RM3.61. No reserve price plak tu. Memang le kalau nak kira dengan shipping costnya akan buntang mata hubby ku tapi jika ditimbang-timbang pembelian di KLCC maka lebih ekonomi. Rasa nyesal pun tak berguna...

Hari ini juga aku telah keluar bersama seorang teman sekerja di Ascott dulu. Dia makin kurus sementelah aku pulak bagai di pam-apm. Sangat tension rasanya. Udah le disindir dan dihena kerana tidak lagi memakai saiz 0, tapi apa kan daya...tahan jek lah telinga.

And I seriously need to loose all this ugly fat. Self esteem makin merundum walaupun number di weight scale makin meningkat. Saat-saat ini rasa seperti nak buat surgery jek tapi lepas kes orang koma dan kemudian menemui ajal sebab sedut lemak, aku jadi agak ragu-ragu pulak. Memang le nak cantik tapi kalau mati sebelum sempat bertaubat, bagaimana nasib di akhirat kelak?

Cakap pasal mati ni, aku ada terbaca cerita di sebuah buku Chicken Soup for Lover's Soul. Dlm cerita tu mamat seorang ni selalu kata dia nak hidup dan mati bersama isterinya. Dia selalu le kata kat kawannya (tukang cerita) yang kalau kita set kan keinginan kita dan kecintaan kita dengan tulus ikhlas, maka tuhan pasti akan memberi kita apa yang kita mahu. Nak dijadikan cerita, isteri dia sakit dan kemudian koma. So setiap hari semasa melawat isterinya, dia akan bisik pada isterinya yang dia minta tuhan matikan dia bersama-sama ngan isterinya. Kawan dia agak skeptikal la sebab mana ada orang boleh minta-minta lak ngan tuhan nak mati camna dan bila. tapi pada satu hari ini, hospital pun call le mamat ni kata wife dia dah meninggal dunia. dengan tenang, dia pun pi nengok wife dia. dia minta untuk bersendirian ngan wife dia. nurse ni pun tinggalkan le dia. tapi lepas 15 minit mamat ni tak keluar-keluar, dia pun check. Dan korang boleh agak tak apa jadi? Dia pun telah meninggal sambil memegang erat tangan isterinya. Aku sedih gila baca buku ni...

dan saat-saat macam ni, rasa rugi jek masam-masam muka pasal hubby lupa tutup lampu bilik air pagi tadi...

Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu.


No comments:

Post a Comment

W.H.A.T.E.V.E.R.